Wednesday, 31 July 2013

TATABAHASA :Kesalahan Istilah Dan Tatabahasa (PMR/SPM)

Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.
Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan tatabahasa:Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.
Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.

30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
..........................

TATABAHASA : Teknik Mengesan Kesalahan Ayat (PMR/SPM)

Mengesan Kesalahan Ayat

TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT

A. Langkah yang perlu diikuti:1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada ‘kesalahan ejaan’, ‘kesalahan imbuhan’, ‘kesalahan istilah atau kata’ atau ‘kesalahan tatabahasa’.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap.
5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.
7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.
8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.

B. Jenis kesalahan dalam ayat:i. Kesalahan ejaan
ii. Kesalahan penggunaan imbuhan
iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah
iv. Kesalahan tatabahasa

Tuesday, 30 July 2013

TATABAHASA : Ayat Cakap Ajuk / Pindah (PMR/SPM)

Ayat Cakap Ajuk/Pindah

LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:
contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu...............................dia
- kami ....................mereka..........................-hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.
contoh:
- mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

TATABAHASA : Ayat Mudah Dan Ayat Majmuk (PMR/SPM)

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.
A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun
dan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)


Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

TATABAHASA : Hukum DM (PMR/SPM)

1. MAKSUD:a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru


Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)


3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.
-makan Maggie mee.
-naik Mara Ekspress
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.

Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.-makan di Restoran Aisyah.-makan mi Maggie.-naik Ekspress Mara.-bercicahkan sos cili.-membeli pisang goreng.-di kedai basikal Ah Kong.-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
-hal lain-lain-perkara lain-lain-peristiwa lain-lain-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

TATABAHASA : Kata Nafi (PMR/PMR)

KATA NAFI

1. MAKSUD:Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

2. JENIS KATA NAFI:Tidak : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja
Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja.
Salah:i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)
Betul:i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)

b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung.
Salah:i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)

c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan ‘tetapi’, hanya ‘bukan’ yang boleh digunakan tanpa mengira jenis kata di depannya. (jangan gunakan ‘tidak’)

Salah:i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja.

d. Kata pemeri ‘adalah’ sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangan gunakan ‘ialah’) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak' atau 'bukan' sahaja.

Salah:i-Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita.
ii-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
iii-Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka.
iv-Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru.
Betul:i-Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat: tidak menyalahi)
ii-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih tepat: tidak benar)
iii-Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan)
iv-Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)
(Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')

TATABAHASA : Kata Pemeri (PMR/SPM)

KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.